Matti Vanhanen
Matti Vanhanen

Matti Vanhanen

Matti Vanhanen Taneli (lahir 4 November 1955) adalah bekas Perdana Menteri Finland, serta Presiden Parti Tengah Finland. Pada 2006 dia dilantik menjadi Presiden Majlis Eropah. Dia pernah bekerja sebagai wartawan.Beliau dilahirkan di Jyväskylä , anak profesor Tatu Vanhanen , rakan penulis IQ dan Wealth of Nations , dan ibunya Anni Tiihonen.Belajar ilmu politik di Universiti Helsinki, lulus Sarjana Sains Sosial pada 1989. Beliau banyak menulis tentang ekologi seperti janakuasa elektrik menggunakan tenaga nuklear.Beliau menjadi Perdana Menteri Finland selepas Anneli Jäätteenmäki mengundurkan diri pada 2003. Pada 2006, beliau mencabar Presiden Finland Tarja Halonen dalam pilihan raya Presiden Finland 2006. Beliau mendapat 18.6 % suara. Tarja Halonen kekal sebagai presiden kerana mendapat 46.3 % suara.Pandangan umum menyatakan Vanhanen tidak karismatik dan membosankan. Beliau tidak minum arak kerana tidak suka rasa alkohol.Dia jarang senyum di hadapan umum.Dia juga seorang kidal. Tahun 2009, beliau melawat China.Vanhanen berkahwin dengan Merja Vanhanen pada 1985 . Mereka memiliki dua anak: Annastiina (lahir 1991) dan Juhana (lahir 1994). Mereka mengumumkan bercerai pada 6 April 2005.